Saturday, November 12, 2011

Malu Tahap Gaban.

, Salam. Hey guys.
Okay, sekarang ni aku melanjutkan pelajaran aku di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di dalam bidang kos of kos. Harharhar. Okay fine, I've lost my touch to be funny, =.=' duhhh~ Okay, back to the topic, course yang ditawarkan oleh universiti itu ialah Kejuruteraan Perhubungan dan tanpa membuang masa, aku terus "rebut" peluang dengan gelojoh serta rakus dan terus pergi ke Perlis.

Bla, bla, bla aku pun dah masuk and belajar kat UniMAP. Jumpa banyak kawan. Jumpa banyak pakwe-makwe yang kedahagaan perhatian. Jumpa lecturer yang garang, yang cantik, yang manja, yang malas buat kelas, yang cakap English comel punnn aku jumpa gak tau. Pilih je yang mana berkenan di hati. Tapi pilih tu jangan pilih secara sebarangan ye? aku sayang lecturer muahh muahh, :P *bagi markah lebih sikit eh prof.? Hahaha. XD

Anyway, UniMAP ni memanglah tersangat "DISTRIBUTED", dalam bahasa sopan kita panggil penempatan yang bercorak. Dalam bahasa kasar, kita panggil bersepah gila weh. Tapi apedehal? Aku sayang je UniMAP. Kau tak payah nak banyak bunyi. So, kalau nak pergi kelas tu memang kena naik bas lah, kalau tak, memang takkan sampai. Kalau sampai pun, mungkin lewat dalam masa 12 hari je.Takdelah lama sangat kan? HAHA, :D

Then memang kena familiar lah dengan tempat belajar, kalau tak memang tak sampai ke kelas. Contoh macam kelas kat Dragon ke, Muhibbah ke, Kuala Perlis ke. Memang kena alert. Kalau pakai naik bas ikut sesuka hati sesedap rasa taik hidung, lebih baiklah duduk kat Wang Ulu je. Okay, part ni aku rasa korang perlu diam and dengar penerangan dari aku. Aku duduk je kat Wang Ulu okay? Tapi aku bukan Orang Ulu. I REPEAT I AM NOT ORANG ULU! Do you get that?? If you understand, good, I rest my case, thank you. If not, you need to screw up your brain mister. Like seriously! Hihi. :D

5 hb November kitorang cuti Raya Eidul-Adha and gabung sekali dengan Mid- Sem break. So, kitorang hanyalah cuti seminggu sahaja tapi aku tak rasa bosan duduk kat rumah lagi. Boleh tak nak buat surat penangguhan cuti mid-sem sebab tak puas lagi duduk kat rumah then bagi surat tu kat dekan? Agak-agak diterima tak? :'(

Okay, I sound soooo childish, and yeahh. Who cares. Errr? Do you care? Tak kan? So, why bothers with my problems brah? SIT YOURSELF AND SHAT TAH PAK KAP! Heee, :3

Then we move on to the best part. So seminggu duduk Putrajaya memang heaven lah kan. Bawak balik buku memang saja memberatkan beg. Sibuk berjalan sini sana. Lepak sini sana. Shopping sini sana. And macam-macam lagi lah sini sana. Lepas tuh, nak dijadikan satu cerita, kereta bapak aku yang aku selalu bawak aku berjalan-jalan tu, bapak aku nak guna. So, memang tak boleh jalan jauh sangat lah kan. And I decided to go to Alamanda and naik lah Bas Nadi Putra. Tunggu punya tunggu, perghhhh! Bas memang banyak, tapi takde satu pun pergi Alamanda. Nampak beno malasnya pakcik drebar bas kat Putrajaya ni. Then, ada lah satu bas ni berhenti. Aku punya lah gembira dan sangat ter'excited'. Bukak je pintu tu, aku terus tanya dia soalan. Ini adalah ulang tayang perbualan antara aku dengan pakcik bas tersebut. Sila jangan tiru aksi ini di rumah. Harap maklum, ;

Laila (*bukan nama sebenar) : Pakcik, bas ni pergi Wang Ulu tak? *senyum sambil tersengih-2.
Pakcik Drebar Bas : Huh? . . . . . . . *bunyi burung gagak.

Aku merasakan muka aku panas. Aku terkesima. Muka aku rasa seperti ditampar-tampar oleh daun pokok kelapa sawit. Aku rasa nak jadi kucing time tu jugak. Lalu untuk menahan malu aku terus berkata,

Laila (*bukan nama sebenar) : Errrrrrrrrrrrrrrr, bas ni pergi Alamanda tak? *sambil tutup muka.
Pakcik Drebar Bas : Ohhhh, ha'ah. Pergi, pergi.

Aku pun membayar 50 sen dan terus duduk di seat yang boleh menyembunyikan kehadiran aku di dalam bas itu lalu cuba memadamkan kenangan pahit yang mampu membuatkan AKU TAK SANGGUP HIDUP lagi di Putrajaya.

Begitu memalukan. Aku trauma dah nak naik bas kat Putrajaya. Aku sanggup jalan kaki lagi dari naik bas pakcik bas tadi tu . *Okay, ini aku tipu. Apa-apa pun, salah non-cautious mind aku lah. Aku dah ingat dah nak cakap apa, tiba-tiba keluar perkataan tu. Mungkin aku rindu Wang Ulu tanpa disedari? Mungkinkah? Arghhhhh, mustahil. Persetankan benda tu. Aku tak habis bosan lagi duduk kat Putrajaya lagi. Hahahahaha. XD



In a nutshell, belajar lah bersungguh-sungguh sehingga menara puncak yang paling puncak okay? Kalau dah pandai tahap GENIUS gila babeng and bila korang cakap kucing tu sebenarnya dinosaur orang pun percaya, gerenti tak malu lah. Gerenti Pakcik Drebar Bas tu yang kata diri dia yang salah. HAHAHA, salute lah orang macamtu. :D