Sunday, December 25, 2011

When Nescafe gets WILD.

, Sap man. *rasa sangat cool sambil meniru gaya nigga bertegur sapa*

Post kali ini bertajuk Nescafe. Biasalah kan, kehidupan pelajar tidak kira lah Universiti ke, Matriks ke, Sekolah menengah ke dan mungkin juga ada pelajar tadika yang terlibat jugak dengan ketagihan Nescafe ini. Katanya untuk menolong kita menelaah pembelajaran serta mengimbas kembali sesi pengajaran di kuliah. Kata kebanyakan mereka lah. *psst, aku yang kata sebenarnya. HAHA. (^OO^)

Apa yang aku nak cerita bukannya pasal effect minum nescafe nanti menyebabkan ketagihan/sangap atau mengapa kita perlu minum nescafe supaya dapat beramah mesra dengan boyfriend kita dengan bergayut di telefon tengah-tengah malam sambil tergedik-gedik macam orang terencat akal macam aku takde pakwe macam kau ada. Okay, statement ini saya tidak tujukan kepada sesiapa lebih-lebih lagi jiran rumah saya. Oppss. Sorry, TERLEPAS. :p

Okay, cerita seksi ni bermula bila aku tengah duduk dalam bilik aku, sorang-sorang, ketika aku tengah menikmati beauty sleep aku, sambil telinga tersumbat dengar lagu, kepala atas buku math, di sebelah calculator, sambil air liur yang terkeluar dengan agak banyak, dan sambil memegang pen. Tiba-tiba beauty sleep aku itu menjadi sangat terganggu kerana mendengar jeritan ala-ala menyeksakan kecantikan aku supaya aku bangkit dari tidur. Aku pun bangun dan dengan muka yang sangat "cantik neutralnya" dan membuat reaksi terkejut.

"WOAHHH, nice Lela. Good joob with the drool babe. Boleh jadi 'pelukis peta' yang berjaya di atas buku math. Lepas ni cuba atas buku Circuit theory pulak, mana tau petanya lagi cantik dan kreatif," getus hatiku.
Hidung aku mula kembang. Muka aku mula terasa kepanasan dengan penuh bangga. Bila aku tengah menghayati saat-saat kebanggaan aku tuh, aku mendengar lagi housemate aku menjerit. Lebih ganas, lebih rakus, dan lebih scary. Seganas-ganas aku, sebangang-bangang aku, aku tak berani bukak pintu bilik aku untuk tengok apa yang berlaku kepada housemate aku. Manalah tahu ada hantu nak berkawan dengan diorang ke, ada harimau ke, ada ular kat rumah ni ke, entahlah. Aku pun tak tahu. So, aku pun ambil langkah keselamatan dengan menjadi selfish sambil teruskan perjuangan untuk menelaah subjek 'tidur' pulak di katil. Kali ni, aku dah mula berfantasi untuk pergi mandi-manda di Pulau Redang dengan lelaki gay ala-ala Taylor Lautner. Bila aku dah pasang niat dengan ikhlas dari hati yang suci lagi murni, aku pun mula concentrate dengan pelajaran yang teras ni.

Lagi sekali. Konsentrasi aku diganggu dengan jeritan tetapi kali ni lain. Sebab disertakan dengan ketukan yang agak ganas tetapi berirama yang mengasyikkan di pintu bilikku.

"Arghhhhhh! Tak boleh jadi ni. Aku nak cantik kot. Janganlah ganggu tidur kecantikan aku. Grrrrr, ni yang nak meoww ala-ala rimau yang garang ni", jerit batinku.

Aku pun buka pintu bilik aku dan keluarkan kepala aku je, then bersuara seperti dialog di bawah. Sila hayati, mendalami dan ambik feeling dialog berikut, kalau tidak anda akan terlepas part yang best. *muka serius*

Awek tengah "belajar" : Errrr, korang dah kenapa jerit macam orang sawan ni. Ganggu aku nak belajar je. *sambil buat muka serius*
Housemate penakut 1 : Sorry, kami takut. Ada benda yang menakutkan ni.
*sambil menunjukkan jari telunjuknya yang menggigil ke arah meja belajar dekat dengan dapur* Housemate penakut 2 : A'ahlah, tak sengaja. Kami takut sangat-sangat-sangat.
*sambil pegang penyapu*
Awek tengah "belajar" : Aduhhh, apa yang korang takut sangat ni? Come on lah. Kita perempuan mestilah berani walaupun kita ni golongan yang lemah kita tak sepatutnya mudah menyerah bla bla bla bla. *membebel dengan begitu gagah* Haaa, apabenda yang korang takut sangat ni hah?
Housemate penakut 1 & 2 : Cuba tengok sendiri kat situ. Kat dalam cawan tu. *secara serentak*
Awek tengah "belajar" : Haa, yelah. Aku pergi ni. Haaa, tengok macam mana aku handle.

Padahal waktu tu, aku dah takut gila. Entah apebenda ntah ada dalam tu. Mana tau ada ular ke, atau buaya versi miniatur ke dalam tu. Ahhh sudah. Mati aku nak bajet macho. Aku pun mula baca ayat-ayat suci yang aku tahu. Ni lah tipikal manusia sekarang. Kalau susah, baru nak cari tuhan. Contoh dalam situasi aku, dulu sebelum dapat PTPTN, sibuk mengadu kat Tuhan minta tolong ringankan beban keluarga lah bagai. Bila dah dapat pinjaman PTPTN, sibuk dok browsing handphone canggih-canggih. Bukan nak bersyukur. Teruk betul budak zaman sekarang. XD *malu*

Kembali ke laman utama, aku pun usha cawan yang besar tu, dan lihat. Errrr, macam takde pape je. Macam air nescafe.

"Korang takut dengan air nescafe ke? Come on lah. Benda ni minuman je kot. Memanglah kalau minum air nescafe secara berlebihan boleh mati. Tapi, kita muda lagi kot. Pfft", aku jawab dengan nada lega campur berlagak.
"Tengok betul-betul lah bangang!", Marah si housemate penakut 1 & 2 secara serentak.

Menjaga hati housemate punya pasal, aku pun menjenguk balik cawan besar yang berisi nescafe tu. Bila aku perhatikan betul-betul. Ada buih-buih yang keluar dari nescafe tu. Ahhh, sudahh! Aku mula cuak! Aku pun mula memberanikan diri untuk menggerakkan cawan yang bercorak ikan dolphin tu. Lepastu, terbanglah seekor CICAK yang sangat GEMOK dan sangat BESAR dan kemudiannya dia mula terkapai-kapai mengambil udara segar. Dia cuba berenang untuk keluar dari cawan tu. Tapi tak boleh. Dia masih tergedik-gedik berenang dalam cawan berisi air nescafe yang dia anggap macam swimming pool tu. Kalau tahap kebesaran dia macam tahi hidung kucing takpe lah gak, berani lah sikit aku ni. Tapi bila dah besar macam tahi lembu, siapa berani. Ntah-ntah, bila cicak ni tengok diri dia sendiri kat cermin pun dia takut. Hahaha. XD

Aku pun amek cawan tu dan campak isi cawan tu kat sinki dan lari jauh-jauh cepat-cepat. Haha, aku ingat nak bunuh dia pakai batang mop yang keras tu. Tetapi aku tak berani. Sebab geli. Sumpah aku geli. Cuba bayangkan bila cicak yang besar, dah mati kena penyek. Segala isi perut tahi dia terburai. Ahh, tak mau aku. Dah satu hal nak kena bersihkan pulak.

Selepas aku dah lari jauh-jauh, si housemate aku datang kat aku and dia kata dia kat aku dia menyesal sebab tinggalkan air nescafe tu untuk beberapa jam. Dah habis satu paket Nescafe mild dia. Rugi! *katanya* Aku pun masuk bilik dengan muka pelik. Dia lagi pentingkan air nescafe dari kesihatan dia. Nak tau tak? Sebenarnya, dia nak suruh aku buangkan cicak tu je. Sebab dia nak minum air tu lagi. Aku dah tak faham dah dengan perangai housemate aku ni dah. HAHA, tapi perangai ni lah yang kita mahukan dalam diri seorang pelajar universiti, JIMAT CERMAT yang melampau sangat. =.=’’


Patut tukar kepada wild kot. Baru style. Nescafe 3 in 1 WILD punya bebeh. HAHA. XD

Kesimpulannya, nasihatilah housemate anda untuk minum nescafe 3 in 1 yang rich sahaja. Jangan amek yang mild. Nanti jadi WILD macam cicak tu. -.-'
Lagi satu, ingat manusia je ke yang minat nescafe. Cicak pun minat lah. Haha. Adios.